Welcome To My Blog
Oct 5, 2015
Peperiksaan Akhir Tahun
Rasa gemuruh dan tekanan yang mebuak-buak adalah perkara yang biasa sebelum peperiksaan .Setelah habis peperiksaan , pelajar-pelajar akan menarik nafas lega . Mengenai persediaan peperiksaan akhir tahun, saya mendapati diri saya kurang bersedia secara jujurnya . Saya banyak leka dan kurang berdisiplin apabila mengatur masa untuk belajar . Apabila saya kurang faham akan sesuatu yang cikgu ajari ,kadang-kadang saya tidak mengambil berat . Tetapi selalunya saya akan bertanya dengan cikgu tentang subtopik yang diajar oleh cikgu supaya saya lebih memahami dan menguasai pembelajaran tersebut. Saya terlebih melayan laman-laman sosial seperti whatsapp dan facebook .Semasa saya tidak hadir ke sekolah , saya kadang-kadang lupa untuk bertanya dengan kawan-kawan tentang kerja rumah dan proses pembelajaran . Oleh kerana sudah terlewat untuk bersedia , saya pun mensasarkan beberapa subjek untuk dapat 'A' iaitu Sejarah ,Geografi,Khb dan Sains . Saya sangat kecewa saya kurang menguasai bahasa Inggeris,Bahasa Melayu dan Matematik yang merupakan subjek yang penting .Sekarang saya cuma menfokuskan subjek saya sasar . Saya akan memperbaiki segala kelemahan yang menyebabkan saya cenderung dalam pelajaran .Saya tidak akan membenarkan kelemahan-kelemahan tersebut menguasai saya lagi .Saya akan berlatih untuk belajar secara konsisten . Jangan tinggal 1 hari pun tidak belajar .Saya juga akan merangka masa yang sesuai dan berkesan untuk saya . Amalkan 'Study Smart' !.Itulah benda yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.Terima kasih .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment